YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di Ibu Pejabat PBB New York, Amerika Syarikat pada 22 September 2023. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY CREDIT - AFIQ HAMBALI/Prime Minister’s Office of Malaysia

NEW YORK – Perbuatan membakar al-Quran, yang berlaku di beberapa negara, adalah tindakan Islamofobia yang jelas bertujuan untuk mencetuskan kebencian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata tindakan tidak mengendahkan provokasi terang-terangan terhadap sesuatu agama adalah tidak bertanggungjawab dan menghantar mesej berbahaya kepada kemanusiaan.

Dalam Kenyataan Negara yang disampaikan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di ibu pejabat PBB, Anwar berkata Malaysia bimbang dengan kemunculan “bentuk perkauman baharu” yang dicirikan oleh xenofobia, pemprofilan negatif dan stereotaip umat Islam.

“Ini dimanifestasikan dalam trend kebencian yang membimbangkan, sikap tidak bertoleransi, dan tindakan keganasan terhadap umat Islam dan kesucian mereka,” kata beliau.

Malaysia, katanya terkejut dengan pengesahan perbuatan ini di bawah pembelaan hak asasi manusia yang lemah.

Berbaju Melayu biru muda lengkap dengan samping bertenun benang emas, Perdana Menteri berkata dunia perlu menerapkan nilai penerimaan, toleransi dan saling menghormati, serta menggalakkan persefahaman dan kerjasama antara budaya, peradaban dan agama.

Pada masa yang sama, Anwar berkata setiap orang perlu menyatukan kepercayaan mereka bagi tujuan yang sama untuk menggalakkan persefahaman dalam kalangan rakyat dan mengukuhkan keamanan serta keharmonian dalam kalangan negara.

“Ini memang suatu yang sukar namun itulah sebabnya kita berada di sini. Apa yang kita perlukan ialah kepercayaan dan keyakinan untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik, kemahuan untuk bekerjasama di atas platform konsensus dan perpaduan,” kata beliau.

Selepas mesyuarat dua hala di sini pada Rabu, Anwar dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuk sekeras-kerasnya pembakaran al-Quran dan wacana populis baru-baru ini yang menghasut supaya membenci Islam.

Dalam satu kenyataan bersama, kedua-dua pemimpin turut melahirkan kebimbangan terhadap kemunculan “bentuk perkauman baharu” yang dicirikan oleh xenofobia, pemprofilan negatif dan stereotaip terhadap umat Islam.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Salam reforMATI,
    Setiap kali Jumaat ada yang show off solat dimasjid mana, konon nampak sangat popular dan diserbu?

    Apakah perbuatan show off itu perlu setiap kali sholat?

    Ini pemerhatian sahaja? Peace.

Comments are closed.