Caprice

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan selebriti popular, Caprice memberitahu dia tidak dapat memuat naik video podcast seterusnya bersama Mondy untuk bahagian kedua dan ketiga.

Perkembangan itu diumumkan Caprice menerusi akaun Instagram miliknya dan keputusan berkenaan dibuat atas nasihat polis.
“Minta maaf semua, untuk hormat siasatan Bukit Aman, kami di nasihat untuk tidak upload Part 2 and Part 3 of our podcast.

“InsyaAllah one day, the truth will be out,” tulisnya.

Sebelum ini, negara digemparkan mengenai pendedahan seorang wanita bertatoo dikenali Mondy mengenai sikap sebenar pendakwah selebriti Ebit Lew.

Dalam pendedahan yang dilakukan menerusi podcast bersama Caprice, wanita itu mendakwa dirinya telah diraba Ebit serta disuruh untuk berlakon sedang solat dan membaca Al-Quran.

Sehubungan itu, pendakwah berkenaan telah membuat satu laporan polis sebaik pulang dari Jeddah, Arab Saudi baru-baru ini dan mendakwa dirinya difitnah. – MalaysuiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast