Nga Kor Ming
Tangkap layar video TikTok yang memaparkan Nga Kor Ming merasmikan projek TRX Residence. - Gambar: Facebook Lim Sian See

KUALA LUMPUR – Penganalis politik, Lim Sian See mempersoalkan kenyataan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang mengaitkan projek TRX Residence sebagai inisiatif Kerajaan Madani.

Pada masa yang sama, beliau menganggap Kor Ming seolah-olah mengiktiraf Tun Razak Exchange (TRX) sebagai projek bertaraf antarabangsa yang bagus.

“Tapi kenapa pula Kor Ming kata projek TRX ini adalah inisiatif Kerajaan Madani pula? TRX bukan lagi sekadar projek 1Malaysia Development Berhad (1MDB) songlap lubang dalam tanah sahaja ke?” soalnya katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Semalam, Kor Ming menyiarkan video yang memaparkan beliau merasmikan TRX Residence melalui aplikasi TikTok.

Pada kapsyen video tersebut, beliau menyatakan projek itu akan menghasilkan nilai pembangunan sebanyak RM40 bilion dan mewujudkan 45,000 pekerjaan sebagai sebagai daripada inisiatif kerajaan.

Kor Ming turut meletakkan tanda pagar #MalaysiaMADANI pada penghujung kapsyen itu.

Projek TRX yang mula dilaksanakan semasa era Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri diputarbelitkan oleh pembangkang ketika itu untuk memfitnah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pakatan Harapan (PH) yang membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) membuat keputusan meneruskan projek yang terbukti memberi pulangan berlipat ganda kepada negara itu. – MalaysiaGazette