Muktamar Pas akan diadakan di Shah Alam, Selangor bulan depan.

KUALA LUMPUR – Selepas 10 tahun, Muktamar Tahunan Pas akan kembali diadakan di Shah Alam, Selangor pada 20 hingga 22 Oktober depan.

Kali terakhir parti itu mengadakan muktamar di Shah Alam adalah pada November 2013 di Stadium Malawati.

Selangor juga pernah menjadi tuan rumah muktamar Pas pada 2015 di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Pengarah Panitia Muktamar Tahunan Pas ke-69, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, Muktamar Pas pada tahun ini asalnya diputuskan diadakan di Kelantan pada Mei lalu namun terpaksa ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri.

Katanya, dengan kerjasama Pas Selangor, muktamar akan berlangsung di Ideal Convention Centre (IDCC) sebagai lokasi utama bersekali dengan Dewan Ulama Pas Pusat, Dewan Pemuda Pas dan Dewan Muslimat Pas.

Sementara itu, Konvensyen Dewan Himpunan Pendukung Pas Pusat dan Sidang Assabiqun Pas Pusat akan diadakan di hotel De Palma, Shah Alam.

Muktamar Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat akan berlangsung selama dua hari bermula pada 18 Oktober manakala Muktamar Dewan Ulama serta Konvensyen Dewan Himpunan Pendukung dan Sidang Assabiqun akan diadakan pada 19 Oktober.

“Panitia Muktamar telahpun bersidang sebanyak tiga kali setakat ini yang mana Panitia Muktamar dipengerusikan oleh Datuk Seri Takiyuddin telah membentuk jawatankuasa panitia dan perjalanan persiapan mengikut perancangan yang telah ditetapkan sebelum ini,” katanya di laman Facebook.

Pas kini menerajui empat negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis di bawah gabungan Perikatan Nasional. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Warga Selangor sangat mengalu2kan persidangan besar dan bersejarah ini di Shah Alam, lebih baik sekiranya dibuat di Seksyen 13. Kawasan yang luas dan parkingnya mudah.

    Tak dapat masuk dewan perhimpunan pun tidak apa, asalkan dapat melihat wajah2 bersih barisan kepimpinanan sudah mencukupi, mendamaikan dan menyejukkan. Sambil itu boleh juga bersantai2, makan2 digerai2 jualan bersama keluarga.

    Event besar bersejarah ini umpama program familization bersama orang2 Shah Alam dan Selangor kerana tak lama lagi insyaAllah anda akan mengambil alih tampuk kerajaan.

    Peace.

Comments are closed.