Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berucap pada Ceramah 'Sanusi Mai Pelangai' di Felda Kemasul, Pelangai, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 22 SEPTEMBER 2023.

BENTONG – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menasihati pengundi supaya jangan buat perangai dan memastikan kemenangan milik Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PN menaruh keyakinan DUN berkenaan akan jatuh ke tangan mereka ekoran sambutan luar biasa semasa ceramah malam tadi.

“Jadi saya minta orang Pelangai, jangan buat perangai, jangan bagi kalah, bagi menang. Saya nampak PN akan menang itu jawapannya kerana kalau begini sambutannya di Felda, saya  yakin.

“Alhamdulillah sambutan luar biasa. Kuasa politik di tangan orang Melayu, Islam dan tidak berkompromi benda yang teras,” katanya ketika ditemui selepas selesai Ceramah ‘Sanusi Mai Pelangai’ di Felda Kamasul di sini malam tadi.

Antara yang hadir Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Lebih RM8,000 sumbangan derma berjaya dikutip daripada penyokong parti itu malam tadi.

Pada PRK Pelangai, PN mempertaruhkan Ketua Lajnah Pendidikan Pas Bentong, Kasim Samat sebagai calon. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Salam reforMATI,
    Bilamana Umno punyai peluang cerah untuk membentuk kerajaan bersama2 Pas/PN tetapi mereka telah menolak mentah2 dan memilih dan bersekutu dengan parti2 kapir dan liberal yang anti perlembagaan dan anti Islam.

    Ianya terang2an telah menolak saranan bagaimana memilih sekutu dalam Islam. Mungkin mereka terlalu gilakan pangkat dan kedudukan.

    Tunggu sahaja lah saat2 kemusnahan?

    Peace kepada pemilih2 di Pelangai, anda mampu mengubahnya.

Comments are closed.