KUALA LUMPUR – Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mengadakan program jualan murah barangan asas di empat lokasi hari ini.
PKPS memaklumkan, Jualan Ehsan Rahmah (JER) akan diadakan di cawangan Pasar Raya Segi di Bandar Tasik Puteri, Sungai Besar, Gombak dan Antara Gapi.
“Kami bekerjasama bagi meringankan beban komuniti setempat terutamanya golongan B40 untuk menikmati barangan keperluan asas pada harga yang jauh lebih rendah berbanding harga pasaran.
“Jangan lepaskan promosi istimewa ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Pada Julai, PKPS menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Segi Fresh bertujuan memperluas capaian jualan murah anjuran Kerajaan Negeri mulai 1 Ogos.
Pasar raya itu dilantik menjadi rakan strategik PKPS bagi pelaksanaan program JER termasuk penyediaan lokasi jualan dan logistik di 55 premis rangkaian Segi Fresh di seluruh Selangor. – MalaysiaGazette