Peta Benin

COTONOU – Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh dan lebih 10 cedera parah dalam kebakaran di sebuah gudang petrol pada hari Sabtu di Oueme.

Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Awam Benin dalam kenyataan berkata, kebakaran itu berlaku pada jam 9.30 pagi waktu tempatan di sebuah bandar berhampiran sempadan Nigeria, dipercayai berlaku ketika pemunggahan beg-beg petrol dari kenderaan.

Kebakaran itu telah menyambar sebahagian tempat tersebut, menyebabkan 35 kematian termasuk bayi dan kanak-kanak.

Berpuluh-puluh yang lain cedera parah.

Kerosakan harta benda juga dilaporkan berlaku akibat insiden tersebut.

Asap hitam tebal menyelubungi kawasan gudang ini yang dikatakan menjadi tempat tumpuan pelbagai kenderaan untuk mengisi minyak.

Rata-rata saksi memberitahu, mereka mendengar bunyi letupan kuat sebelum kebakaran berlaku.

Anggota bomba, polis dan pasukan perubatan segera dikerah untuk memadam kebakaran dan mengawal lokasi  itu, kata kenyataan tersebut.

Di Benin, petrol seludup dari Nigeria, pengeluar minyak utama kerana harga bahan api lebih murah.

Beribu-ribu liter petrol dijual di jalan-jalan bandar dan kawasan kejiranan Benin biasanya datang dari stesen yang terletak di sepanjang sempadan Benin-Nigeria.

Perdagangan ini menjana keuntungan besar, juga risiko memandangkan cara produk itu disimpan. – Agensi