Ayam Panggang Kawaki berkeju dihidangkan bersama nasi.

PUCHONG  – Kawkki Korean Flaming Chicken membuka cawangan pertamanya di Malaysia, yang menghidangkan makanan pelbagai perisa tradisional dan moden Korea di sini semalam.

Restoran terkenal dengan makanan Korea itu menampilkan 39 hidangan untuk dipilih oleh para pengunjung di negara ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kawkki Ben Kuan berkata, restoran ini menawarkan perjalanan kulinari yang mempamerkan warisan budaya masakan Korea yang kaya dan kerancakan inovasi masakan kontemporari.

“Kawkki berbangga dengan menunya yang banyak. Daripada klasik hingga menu kontemporari seperti Spicy Tteokbokki dan Cheese Snow,” katanya selepas majlis pelancaran Restoran Kawkki di sini hari ini.

Kuan menambah, pasukan masakannya akan memastikan proses penyediaan yang teliti dalam masa 48 jam untuk setiap hidangan, merangkumi gabungan unik rempah dan intipati masakan Korea.

Dengan visi yang menyeluruh untuk membawa Ayam Berapi Korea yang terbaik kepada pengunjung, Kawkki lebih daripada sekadar tempat makan – ia adalah proses kulinari yang menggabungkan tradisi, inovasi dan kepintaran pasaran.

Manakala ruang dan susun atur yang luas dan selesa turut ditawarkan kepada 100 para pengunjung dalam setia satu masa.

Restoran ini berfungsi bukan sahaja sebagai ruang makan tetapi sebagai tempat  menghargai rasa Korea yang rumit.

Selain itu Kuan berkata, pihaknya juga tidak berkompromi dengan isu kualiti yang mana Kawkki memberi tumpuan yang mendalam pada kualiti, memilih hanya bahan-bahan segar dan menggunakan teknik masakan terbaik.

Beliau menambah, untuk rancangan masa depan, Kawkki Korean Flaming Chicken sudah pun mengintai peluang pengembangan di Kuala Lumpur dan Selangor.

Jenama ini juga terbuka kepada kerjasama perniagaan yang selaras dengan nilai dan visinya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast