Empat remaja hilang ditemui selamat.

KUANTAN – Empat remaja perempuan yang dilaporkan hilang di sebuah rumah perlindungan di sini telah ditemukan selamat selepas dilaporkan hilang selama dua hari.

Kesemua pelajar tersebut ditemui di kawasaan berhampiran penempatan berkenaan oleh penduduk setempat pada jam 7.30 pagi tadi.

Menurut sumber, mereka dilaporkan hilang pada 24 September lalu dan mengikut individu yang dikenali serta menumpang bermalam di rumahnya.

”Pelajar yang hilang dilaporkan hilang berusia 13 dan 14 tahun dan dua lagi berusia 17 tahun.

”Mereka semua diserahkan kepada pihak polis untuk laporan siasatan dan kesihatan hari ini.

Sumber berkata, mereka yang melarikan diri itu akan diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk perbincangan lanjut,” katanya.

Pada masa sama, MalaysiaGazette sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada polis. – MalaysiaGazette