Mohd Hasan dicari SPRM bagi membantu siasatan kes.Ihsan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan kes SPRM.

SPRM dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, lelaki berkenaan, Mohd Hasan Sahferi Muhamad, 44, mempunyai alamat terakhir di Batu 27 ¼ Kampung Permatang Darat, Kuala Sungai Baru, Melaka.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu terlibat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Azril Ibrahim di talian 017-8816717.- MalaysiaGazette