Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melawat tapak jualan ketika hadir ke program Karnival Buah-Buahan Daerah Bentong di Dataran Pelangai, Simpang Pelangai, Bentong. Foto MOHD ADZLAN, 26 SEPTEMBER 2023.

BENTONG – Pahang akan menubuhkan Lembaga Durian Negeri bagi melindungi penghasilan dan pemasaran raja buah itu di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara tersebut dalam proses kelulusan pada Sidang Dewan Undangan Negeri nanti.

Menurutnya, Exco Pertanian, Industri Asa Tani, Bioteknologi Dan Pendidikan Negeri Pahang, Datuk Seri Ir. Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak sedang mengusahakan perancangan tersebut.

“Exco Pertanian telah berbincang dan meyediakan kertas untuk diangkat ke sidang Dewan untuk diluluskan.

“Tujuan penubuhan Lembaga Durian kita nak jadikan keadaan lebih tersusun teratur dan berstrategi, kita nak tunjukkan inilah produk Pahang.

“Kira tidak mahu bila sampai (durian) keluar walau dari Pahang tapi orang kata ini durian tempat lain.

“Contohnya kata durian daerah lain dari Raub, walhal durian Raub itu dari Pahang. Sebab itu tubuhkan lembaga dan adakan karnival buah ini seperti karnival tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sejurus Karnival Buah-buahan di Dataran Simpang Pelangai, di Bnetong hari ini.

Pada program itu, pelbagai jenis buah-buahan dijual dengan harga berpatutan selain jualan beras dan telur mendapat sambutan yang dihadiri ratusan penduduk tempatan.

Wan Rosdy menjelasakan, Karnival Buah-buahan dan Karnival Tanah diadakan bagi tujuan meningkatkan komunikasi dua hala di samping memberikan maklumat terkini kepada rakyat.

“Penganjuran karnival adalah komunikasi dua hala kerana Pahang adalah negeri mesra pertanian, mesra pelabur membantu pengusaha pertanian.

“Penubuhan Lembaga Durian tiadak kena mengena dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai.

“Karnival buah-buahan melambangkan perpaduan kaum, tengok mereka duduk makan semeja hari ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast