KUALA LUMPUR – Usahawan-usahawan di seluruh Asia yang berjaya menempa nama dalam bidang masing-masing akan menerima anugerah berprestij The Knights Award yang berlangsung pada 13 Disember ini.
Presiden The Knights Award, Dr. Zyro Wong berkata, penganjuran anugerah tersebut buat kali kedua merupakan pengiktirafan diatas usah gigih golongan usahawan berkenaan sebagai melambangkan kecemerlangan, inovasi dan kemapanan usahawan berkenaan.
Katanya, ia juga menandakan pertumbuhan dan perkembangan komuniti perniagaan yang menjadi tonggak ekonomi Malaysia di samping, mewujudkan perhubungan elit dalam kalangan pemimpin bagi membolehkan kerjasama rentas sempadan industri untuk pendedahan pasaran maksimum.
“The Knights Award yang akan diadakan pada Disember ini di W Hotel, Kuala Lumpur akan dipertingkatkan lagi standardnya dengan kehadiran lebih ramai pemimpin perniagaan antarabangsa dan nasional, selebriti, pemimpin-pemimpin penting dan pemegang taruh.
“Pencalonan bagi The Knights Award telah dibuka dan orang ramai boleh melakukannya sehingga November. Kita akan memilih dalam 50 hingga 60 pemenang mengikut keunikan dan kelebihan mereka,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
The Knights Award untuk musim pertama diadakan pada Jun lepas dengan seramai 70 individu tersenarai sebagai penerima anugerah atas khidmat kecemerlangan serta kepimpinan dalam dan luar negara.
Dalam pada itu Zyro berkata, The Knights Award Musim Kedua ini akan dapat menyaksikan lebih banyak kisah yang mampu memberi inspirasi kepada usahawan lain.
“Saya percaya platform elit ini dapat menyumbang kepada pertumbuhan komuniti perniagaan di negara ini di samping usahawan dan pemegang taruh mendapat peluang untuk berkongsi ilmu dengan satu sama lain tidak kira dari bidang mana mahupun saiz perniagaan.
“Kita tidak tumpu pada industri kreatif sahaja seperti yang lain, tetapi, anugerah ini merangkumi industri yang sebelum ini mungkin tidak mendapat perhatian,” ujarnya. – MalaysiaGazette