KUALA LUMPUR – Keindahan pekerti dan akhlak Rasulullah SAW selaku Uswatun Hasanah, atau contoh terbaik menjadi ikutan.
Baginda tidak mencela, apatah lagi memfitnah atau memaki hamun terhadap sesiapa pun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dakwah Baginda mendobrak asabiyyah dan kejumudan, membimbing umat Madinah yang bhineka menuju cahaya keadilan dan ihsan.
“Menghayati ibrah perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam memimpin dan menyatukan pelbagai kaum tentunya akan membangkitkan rasa keinsafan untuk sama-sama membangunkan negara tercinta ini sebagai sebuah negara yang adil, aman dan sejahtera, lantas beroleh barakah daripada Allah SWT.
“Moga Allah SWT melimpahkan rahmat dan kesejahteraan yang berterusan buat Baginda Nabi Muhammad SAW,” katanya sempena sambutan Maulidur Rasul esok. – MalaysiaGazette