Calon bebas N36 Pelangai, Haslihelmy Dm Zulhasli

BENTONG- Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Haslihelmy DM Zulhasli yakin beliau akan meraih undi daripada orang UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai nanti.

Bekas ketua Pemuda UMNO Bentong mendakwa beliau mendapat sokongan ‘dari belakang’.

Memasuki hari kelima berkempan, Zulhasli  berkata, dia telah mendekati kira-kira 45 peratus penduduk setempat di situ.

Jelasnya pada kempen kali ini beliau lebih selesa memilih pendekatan ziarah kasih dengan menyantuni pengundi dari rumah ke rumah termasuk berkunjung ke kediaman sanak saudaranya di kampungnya sendiri.

”Pendekatan bersemuka lebih dekat dengan sentuhan peribadi itu dirasakan lebih berkesan bagi calon Bebas berbanding ceramah dan perang poster. Sepanjang tempoh lima hari berkempen ini, kira-kira 45 peratus pengundi telah ditemui.

“Allhamdulillah, sambutan pengundi yang ditemui amat memberangsangkan apabila ada yang menyatakan sokongan sama ada secara terbuka atau senyap.

”Ada yang di belakang, ada yang dalam parti UMNO sendiri juga bagitahu sokongan,” katanya.

Tambah anak jati Bentong ini beliau akan manfaatkan berbaki beberapa hari lagi di tiga kawasan Felda dan lapan kampung tradisional.

Pada 23 September lalu, keahlian ahli UMNO Haslihelmy dilucutkan selepas beliau memutuskan untuk bertanding pada PRK Pelangai di bawah  tiket bebas.

Zulhasli mendakwa bukan dia sahaja dilucutkan keahlian parti itu, tetapi beberapa anggota keluarganya.

Beliau juga Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) itu berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan ziarah kasih ke beberapa buah rumah dan kenalan keluarga di Felda Chemomoi di Bentong hari ini.

Haslihelmy juga menafikan menumpang populariti ayahnya yang disegani di kampung sebaliknya mendapat  tujuk ajar bapanya yang bertindak sebagai pengurus kempen.

Ini kerana, katanya beliau juga dikenali kerana lantang bersuara mengetengah isu-isu semasa sebelum menyertai pilihan raya.

“Felda Chemomoi ni tempat saya bermain semasa kecil dan ada ahli keluarga yang tinggal di sini cukup dikenali penduduk terutama bapa saudara, Allahyarham Jamil Abd Rahman yang merupakan ketua peneroka pertama di Felda Chemomoi ini.

“Bagaimanapun saya tidak menumpang populariti keluarga sebaliknya bersandarkan kepada agenda dan perjuangan sendiri terutama dalam mengangkat suara anak muda di DUN Pelangai ini.

“Saya cuba mendekati seramai mungkin pengundi dengan bantuan ayah, Zulhasni Abd Rahman sebagai pengurus kempen dan sokongan bersama ahli keluarga,” katanya.

Pada PRK Pelangai yang akan berlangsung 7 Oktober ini menyaksikan Haslihelmy  berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam dan Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast