Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu.

BENTONG – Pengundi Pakatan Harapan (PH) diminta keluar mengundi bagi memastikan kemenangan berpihak pada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai, 7 Oktober ini.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, persefahaman yang terjalin ketika PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Johor yang menyaksikan kemenangan di pihak PH baru-baru ini perlu diteruskan.

“Jangan duk cari roket, orang Amanah jangan cari logo segitiga, orang Keadilan jangan cari PH, cari logo dacing.

“Boleh undi dacing (BN) ini. Lorni (sekarang) kita tak ada roket. Untuk orang Amanah, kita tidak ada simbol tiga segi,” kata pada program Sembang Santai Perpaduan bersama Setiausaha Agong UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di Kampung Manschis, di sini, malam tadi.

PRK Pelangai menyaksikan pergtembungan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Amizar Abu Adam, Kasim Samat (Perikatan Nasional) dan Haslihelmy DM Zulhasli (Bebas).

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam. Johari pada 17 Ogos lalu.

Menurut Mohamad, bukan senang untuk beliau menerima BN dan apabila kerjasama dijalinkan apa yang mahu dilihat ialah semua parti terbabit menjadi lebih kukuh dan mempunyai tanggungjawab masing-masing.

“Kalau PH lemah, PN akan lemah kalau BN Lemah PH pun akan lemah. Kalau BN kalah, PH perlu bertanggungjawab, kalau PH kalah BN bertanggungjawab,” ujarnya.

Tambah beliau, berdasarkan kemenangan calon Amanah pada PRK Pulai dan Simpang Jeram, beliau berpendapat kini orang Melayu kembali memilih calon Kerajaan Perpaduan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Orang2 Pelangai, orang2 felda tak terkesan ke dengan kos kenaikan barang2 makanan yang menggila lansung tak terkawal?

    Kalau terkesan jom sama2 B40 seluroh negara kita gulingkan kerajaan. Ganti dengan dengan kerajaan PN, jangan berlengah!

Comments are closed.