PETALING JAYA – Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching mengesahkan harga perkhidmatan Internet di Malaysia akan diturunkan lagi.
Beliau berkata, kadar penurunan itu dijangka diketahui dalam tempoh seminggu dua.
Nie Ching menjelaskan, disebabkan 90 peratus fiber optik di Malaysia adalah milik TM dan syarikat telekomunikasi lain menyewa daripada TM, maka kerajaan telah meminta TM untuk berunding dengan syarikat berkenaan mengenai penetapan harga.
“Harga borong TM mesti diturunkan untuk memastikan syarikat telekomunikasi lain menurunkan harga runcit masing-masing,” katanya kepada Sinchew Daily.
Menurutnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah menyelaraskan Harga Standard Mandatori mengenai Harga Capaian (MSAP) pada awal tahun dan membolehkan penurunan harga secara keseluruhannya.
“Dalam peringkat seterusnya, TM harus menyelaraskan harga borong mengikut MSAP. Keadaan ini selanjutnya akan membolehkan penurunan harga runcit,” katanya.
Tambah Nie Ching, kementeriannya memahami rakyat mahu harga perkhidmatan Internet diturunkan secara berterusan, oleh itu kerajaan telah menyampaikan permintaan berkenan kepada TM. – MalaysiaGazette
Tapi harga internet UNIFI sangat membebankan.. Kementerian berkaitan menterinya patut lihat dan berusaha kurangkan beban rakyat. Kos pakej upgrade capai RM250.00 sebulan. Patutnya semakin murah.
brader..pakej rm69 30mbps pun ada..kau amek pakej internet dgn channel bagai mmg la mahal
Handphone Internet pls reduce…it too costly.tq
Overhead cost amek kira tak.. Maintenance ibusawat, maintenance breakdown fibre.
Nak turun demi nak dapat populariti rakyat. Sampai staff yang ade dalam TM tu terpaksa di buang demi nak jaga revenue.. Yang tu menteri² ni pikir tak..
mana turun nya . semakin naik ada lah . aku pakai Maxis 40 tapi tiap bulan potong 57 ringgit apa cahrge. pun aku tak tahu lah .nak cari Line lain lah pula yang tidak menipu . dulu Celcom ada scamer kat dalam tu . itu yang aku tukar ke Maxis .
di Singapore speed minima 500Mbps bayaran pun murah banding di Malaysia . 40sgd /rm140 boleh dapat 1Gbps.
Banding sini matawang kecil, internet saja dah makan berapa % gaji itupun minima speed masih 30Mbps