Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan kenyataan Lim Guan Eng bahawa 101 projek rundingan terus telah dibentangkan di Kabinet

KUALA LUMPUR –  Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan beliau telah mengeluarkan apa-apa kenyataan berbaur fitnah terhadap Pengerusi DAP, Lim Guan Eng pada kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dalam penyataan pembelaan tuntutan saman bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan bekas Menteri Kewangan, Mohamed Azmin mendakwa dirinya hanya berucap dalam kempen PRU berdasarkan apa diucapkan sebelum itu oleh Guan Eng.

Mohamed Azmin mendakwa sebelum ini Guan Eng sendiri secara terbuka berkata MCA menjadi saingan kepada DAP.

Untuk makluman, Guan Eng bertindak memfailkan saman terhadap Mohamed Azmin berhubung dakwaan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) digunakan untuk mengejar syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan MCA pada Ogos lepas.

Dakwa Guan Eng, kenyataan itu fitnah dan sebenarnya telah mengaibkan beliau.

Minggu ini, pada penyataan bela Mohamed Azmin yang difailkan di Mahkamah Tinggi Sungai Petani, bekas menteri itu memberikan beberapa artikel untuk mengukuhkan pembelaan justifikasinya.

Antaranya bertarikh 12 Oktober 2019 di mana pertikaikan mulut antara Guan Eng dan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong di Parlimen.

Ketika itu, Guan Eng yang menjadi Menteri Kewangan (PH) mendedahkan kerajaan akan menyalurkan dana RM60 juta kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) milik MCA jika parti itu sanggup melepaskan hak miliknya terhadap institusi pengajian tinggi swasta itu.

“Saya (defendan) tidak pernah memfitnah plaintif sebaliknya hanya menyatakan perkara yang berlaku semasa saya bersama defendan menerajui kerajaan PH antara Mei2018 hingga Mac 2020,” katanya.

Dakwa Mohamed Azmin lagi, ucapan kempen hanya mengkritik pentadbiran PH ketika Guan Eng turut bersama menerajui kerajaan di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

“Defendan tidak alami apa-apa keaiban daripada penyataan saya malah beliau telah menang kerusi Parlimen di Bagan pada PRU-15.

“Saya berhak memberi komen adil dan masyarakat umum mempunyai hak untuk tahu perkara-perkara berkepentingan awam,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast