Polis elit dan penembak tepar berkawal di Pusat Perubatan Eramus suslan kejadian serangan bersenjata di lokasi tersebut. Foto media sosial.

ROTTERDAM – Polis Belanda telah menahan seorang lelaki bersenjata yang membunuh sekurang-kurangnya tiga orang dalam tembakan di bandar ini.

Mereka berkata, penyerang lelaki itu melepaskan tembakan di sebuah rumah sebelum membakarnya, kemudian ke Pusat Perubatan Erasmus, yang dimiliki oleh Universiti Eramus.

Suspek yang berusia 32 tahun didakwa merupakan seorang pelajar di Universiti Erasmus.

Seorang wanita, 39, dan anak perempuannya berusia 14 tahun terbunuh dalam tembakan pertama.

Manakala mangsa ketiga, seorang pensyarah lelaki, 43, mati ditembak di hospital.

Rakaman menunjukkan seorang lelaki ditahan dari bangunan hospital dalam keadaan bergari, dipercayai memberi kerjasama baik semasa ditahan.

Motif serangan itu tidak diketahui.

Seorang pengawal keselamatan berkata, lelaki bersenjata itu tidak memasuki pusat perubatan berkenaan melalui pintu masuk utama.

Pada taklimat berita selepas tembakan pada Khamis, polis Rotterdam berkata, lelaki bersenjata itu dikenali oleh mereka.

Dia pernah disabitkan dengan kesalahan melakukan kekejaman terhadap haiwan dua tahun lalu.

Suspek telah dinamakan Fouad L., lapor media Belanda.

Media melaporkan, tembakan di hospital berlaku di tingkat empat dengan sekurang-sekurangya lima das tembakan dilepaskan.

Malah, bom molotov turut dilemparkan ke pusat pendidikan.

Susulan kejadian itu, unit polis elit termasuk penembak tepat menyerbu kawasan hospital dan helikopter kelihatan berlegar di atas bangunan hospital.

Polis berkataa, suspek ditahan dengan peralatan serangan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast