Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar melambai tangan kearah pengamal media selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Jamek Alam Shah, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 29 SEPTEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Alam Shah, di Jalan Tun Razak di sini hari ini.

Beliau tiba pukul 1.04 minit dengan diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Perdana Menteri meluangkan masa lebih kurang 1 jam 10 minit untuk menunaikan solat dan mendengar khutbah bertajuk “Hakikat Cinta Rasul S.A.W” yang dibacakan Imam masjid Norruddin Abdullah.

Solat Jumaat itu diimamkan Sheikh Muhammad Saad Nomani.

Melakukan solat Jumaat di masjid-masjid terpilih merupakan rutin mingguan Perdana Menteri.

Terdahulu sebelum itu, Perdana Menteri menghadiri dua majlis yang diadakan di ibu negara. – MalaysiaGazette