KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) TH menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memindahkan semula semua asetnya ini.
Menurutnya, TH akan memulakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan berkaitan pengambilan semula aset TH yang dipindahkan kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.
“TH sentiasa terbuka kepada semua peluang pelaburan yang boleh memberi nilai tambah kepada institusi dan juga pendeposit khususnya.
“Usaha ini juga akan dikaji secara terperinci dan akan melalui proses dan tatakelola sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Tambah TH, ia kan membuat pengumuman seterusnya berkenaan perkara ini pada masa yang sesuai. – MalaysiaGazette
Nampaknya apa yang didakwa oleh seorang ustaz terkenal berkenaan cubaan melelong aset2 TH dibawah harga pasaran oleh gurka2 @khadam DAP itu adalah benar?
Syukurlah kini aset2 benilai milik pendeposit2 TH itu akan dikembalikan? Tapi adakah ianya benar atau cuma lakunan sahaja?