Ahmad Zahid Hamidi

BENTONG – Barisan Nasional (BN) yakin dapat mempertahankan kerusi dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 7 Oktober ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keyakinan itu berdasarkan pengalaman dan kepimpinan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam menerajui jentera pilihan raya sebelum ini.

“Peluang dan keyakinan mempertahankan kerusi DUN Pelangai tapi harus berusaha kerana pihak seteru akan berusaha untuk menafikan sokongan BN khusunya para pengundi.

“Saya yakin kempimpinan MB Pahang selaku Pengerusi BN Pahang dan melatik beliau sebagai Pengarah PRK Pelangai dan yakin kemampuan beliau sebagaimana kejayaan di Tioman.

“Walaupun serba serba kepayahan dapat ambil Tioman, kita harap yakin dan dapat pertahankan Pelangai kerana pengundi dekat dekat BN,” katanya selepas merasmikan Karnival Kerjaya My Future Jobs bersama Hawa Malaysia di Felda Chemomoi, di sini, hari ini.

PRK Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Johari Harun dalam nahas pesawat ringan yang di Bandfar Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

Pilihan raya tersebut menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Amizar Abu Adam, Kasim Samat (PN) dan Haslihelmy DM Zulhasli (Bebas).

Ahmad Zahid berharap penduduk Pelangai dapat menikmati perkhidmatan terbaik dafripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang boleh dengan kerjasama kerajaan negeri dan pusat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast