Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir pada Karnival Kerjaya My Furture Job bersama Hawa Malaysia di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 30 SEPTEMBER 2023.

BENTONG – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dinasihatkan supaya memberi tumpuan kepada mangsa banjir di Kedah berbanding kempen Pilihan raya Kecil (PRK) Pelangai.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid berkata, beliau mendoakan untuk kesemua mangsa banjir dan yakin Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional itu dapat membantu menangani bencana tersebut.

“Saya mendoakan 1,452 mangsa banjir di Kedah melibatkan lebih 400 keluarga. Saya yakin dia dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada mangsa banjir ini.

“Janganlah sibuk di kawasan orang, jaga rakyat sendiri dan saya mengharapkan agar isu yang dibawa beliau tidak terlekat di minda dan hati (masyarakat) di Pelangai,” katanya selepas merasmikan Karnival Kerjaya My Future Jobs bersama Hawa Malaysia di Felda Chemomoi, di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar dan Pengerusi Hawa Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Johari Harun dalam nahas pesawat ringan di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

Sementara itu, Ahmad Zahid meminta pengundi menolak sebarang agenda yang diketengahkan PN yang menimbulkan kebencian terhadap kerajaan ketika berkempen.

“Beliau guna apa sahaja latar belakangan peneroka yang ada di sini yang cuba di mainkan untuk membenci kepimpinan kerajaan kita di Putrajaya dan Kuantan.

“Saya harap rakyat di Pelangai ini bijak membuat pilihan seperti mana di Simpang Jeram dan Pulai dengan membuat keputusan yang tepat memilih wakil rakyat yang boleh meneruskan kesinambungan perkhidmatan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. marah betul ZAHID HAMIDI PN masuk kawasan orang yang Wak Melanon berkampong kat situ kenapa pulak… ada nama dalam list pengundi ke?

Comments are closed.