MADRID – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam kebakaran di sebuah kelab malam di bandar Murcia.
Kebakaran berlaku di kelab malam Teatre yang popular pada jam 6 pagi waktu tempatan.
Pihak berkuasa menjangkakan angka kematian mungkin meningkat.
Perkhidmatan kecemasan sedang mencari orang yang hilang dan individu yang berada di dalam premis pada masa kejadian.
“Jumlah kematian di dalam kelab malam Atalayas telah meningkat kepada tujuh,” tulis Datuk Bandar Murcia Jose Ballesta di laman sosial X.
Perkhidmatan kecemasan berkata, anggota bomba berjaya masuk sekitar jam 8 pagi dan menemui empat mayat, kemudian dua lagi kira-kira 40 minit kemudian.
Empat sedang dirawat di hospital kerana terhidu asap.
Punca kebakaran masih belum diketahui. – Agensi