Jambatan Pulau Pinang

SEBERANG PERAI – Kawasan Seberang Jaya khususnya lokasi di Tingkat Tenggiri mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat.

Berdasarkan maklumat dipaparkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU tertinggi direkodkan di Seberang Jaya iaitu 117 setakat 3 petang tadi.

Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 pula tahap berbahaya.

Bacaan IPU di Seberang Jaya menunjukkan tidak sihat.

Orang ramai boleh merujuk laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamathttp://apims.doe.gov.my/home.html atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MyIPU di ‘Google Play’ bagi mendapatkan bacaan IPU terkini pada setiap jam. – MalaysiaGazette