KAHERAH – Sekurang-kurangnya 38 orang cedera dalam kebakaran besar di kompleks polis di Ismailia, kata Kementerian Kesihatan Mesir .
Anggota bomba terpaksa bergelut lebih tiga jam untuk mengawal kebakaran tersebut/
Setakat ini, 24 orang dirawat di hospital kerana terhidu asap manakala dua lagi melecur.
Menteri Dalam Negeri mengarahkan siasatan terhadap kebakaran itu dan melakukan “semakan keselamatan struktur” pada kemudahan itu.
Tiada laporan mengenai sebarang kemalangan jiwa.
Malah, belum ada maklumat sama ada terdapat tahanan berada di kompleks itu semasa kebakaran berlaku.
Sebanyak 50 ambulans dihantar ke Pejabat Direktorat Keselamatan bersama dua pesawat tentera di lokasi kejadian.
Media tempatan melaporkan terdapat kebimbangan bilangan orang yang cedera mungkin lebih tinggi mengambil kira saiz kebakaran.
Malah, mungkin terdapat kematian, lapor mereka. – Agensi