Pelabur asing menjual sejumlah AS$704.3 juta ekuiti minggu lalu berbanding AS$705.4 juta pada minggu sebelumnya. - MIDF Research
Menara MIDF di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) kini adalah anak syarikat milik penuh Malaysia Building Society Bhd (MBSB) berikutan pengambilalihan MIDF daripada Permodalan Nasional Bhd (PNB) dengan nilai RM1.01 bilion.

Pertimbangan pembelian itu diselesaikan dengan terbitan 1.05 bilion saham MBSB baharu pada RM0.9652 sesaham (saham pertimbangan akhir) yang diperuntukkan kepada PNB hari ini.

Saham itu akan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Securities esok, menurut MBSB dalam kenyataan hari ini.

PNB muncul sebagai pemegang saham utama MBSB dengan 12.78 peratus kepentingan ekuiti manakala pegangan saham Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikurangkan kepada 57.45 peratus daripada 65.78 peratus.

“Penyelesaian penggabungan ini menarik secara strategik berikutan kumpulan yang diperbesarkan akan berdaya tahan dari segi kewangan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Rafe Haneef.

Sebagai pemain utama dalam perbankan Islam, katanya kapasitinya turut diperkukuh melalui lembaran imbangan yang lebih besar, capaian yang lebih luas dan pelbagai penawaran baharu daripada perbankan pengguna, perbankan komersial serta perusahaan kecil dan sederhana kepada perniagaan perbankan korporat dan pelaburan.

Beliau berkata bank berada pada kedudukan yang baik untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik, produk yang inovatif, pengalaman dan kemampanan yang lebih baik kepada pelanggan. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast