Keadaan kereta Zainur Afizah remuk apabila tiba-tiba diterjah sekumpulan lembu yang melintas di Persimpangan Chenderah, Jasin, Melaka, Rabu lalu.

JASIN – “Saya mohon pemillik lembu datang berbincang kerana video kejadian pun ada pada saya. Janganlah lepaskan ternakan sesuka hati tanpa memikirkan akibatnya kepada orang lain.

“Mujur juga kena pada saya yang berkereta, kalau motosikal? Tak tahulah apa nasibnya,”.

Itu permintaan dan keluhan guru sekolah, Zainur Afizah Ibrahim, 49, yang terselamat namun keretanya remuk teruk apabila tiba-tiba diterjah sekumpulan lembu yang melintas di Persimpangan Chenderah, di sini, Rabu lalu.

Menceritakan kejadian, guru Sekolah Kebangsaan Chinchin itu berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.10 petang 27 September lalu ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Seri Kesang menaiki kereta jenis Nissan Almera.

“Semasa melalui Jalan Chinchin – Terentang berhampiran persimpangan Chenderah, tiba-tiba sekumpulan lembu melintas dari kebun sebelah kiri menyebabkan saya tidak sempat brek.

“Salah seekor lembu itu merempuh kereta menyebabkan bahagian bonet, lampu, bumper serta pintu rosak namun mujurlah saya tidak mengalami kecederaaan serius,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette, di sini, hari ini.

Tambahnya, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) seharusnya memandang serius kejadian itu yang sudah banyak kali diadukan dan seharusnya disusuli dengan tindakan tegas terhadap pemilik.

“Bila jadi seperti ini, pemilik lembu tidak dikenakan apa-apa tindakan sedangkan sepatutnya MPJ, pihak polis serta agensi penguatkuasaan lain perlu bersama-sama memikul tanggungjawab ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59. – MalaysiaGazette.

3 Komen

  1. brckp bab langgar lembu ni.saya dah ada sejarah.tgn kiri kanan patah sbb langgar lembu dgn motosikal.bg Sya patut kena ajar je pntrnak lembu yg lepas lembu tu.klu langgar lembu.ambk lori agkt semua lmbu pergi jual.pntrnk lembu MMG Xkn mengaku lembu diorg.so lembu tu lembu kita la.

  2. banyak kifarah yang diterima oleh penternak lembu ini tapi masih tak sedar . buat tak sedar . macam orang kafir mendapat bala dianggap nya bencana alam .

    banyak yang mati makan baja . hilang kena tembak pelali dan hilang tanpa kesan

    • baik juga kalau ada yang kutip zakat secara paksa bagi pengajaran penternak yang tak sedar diri ini . dapat juga membantu orang2 susah yang bergelar pencuri . hahaha

Comments are closed.