Bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob bersama calon Barisan Nasional (BN) N36 Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam beramah mesra bersama pengundi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai di Felda Kemasul, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 03 OKTOBER 2023.

BENTONG – Bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob meminta calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai,  Haslihelmy DM Zulhasli agar tidak menggunakan namanya bagi memancing undi semasa berkempen.

Bagaimanapun Adnan atau lebih dikenali Long Nan berharap tidak ada masalah sekiranya calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam menggunakan namanya untuk berkempen.

“Yang saya tahu datuk dia dan ayah saya sama-sama di Janda Baik dulu. Dengan ayah dia pun saya tak beberapa rapat apatah lagi dengan dia (Haslihelmy).

“Tapi kenal datuk dia, yang mana datuk dia sahabat arwah ayah saya sekampung, tak lebih tak kurang,” katanya.

Bekas ADUN Pelangai itu berkata demikian ketika menyantuni masyarakat Felda Chemomoi di sini hari ini.

“Saya tak nak burukkan orang tapi nama saya dijual orang. Malas nak cakap lebih-lebih, kalau cakap nanti terasa harap jangan jual nama saya. Kecuali boleh jual nama saya untuk calon BN, Datuk Amizar Abu Adam.

“Kalau nama saya masih lakulah,” selorohnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast