Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman bersama penyokong selepas hadir Ceramah Mega Perpaduan Madani sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai di Simpang Pelangai, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 02 OKTOBER 2023.

BENTONG – Perdana Menteri akan akan mengumumkan khabar gembira kepada orang Pahang sekembalinya dari lawatan kerja beliau dari Abu Dhabi dan Dubai nanti.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut akan diumumkan dengan syarat Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai nanti.

”Lima haribulan saya diundang ke Abu Dhabi dan Dubai. Saya letih balik New York, kena pergi mesyuarat satu malam untuk mendapatkan peluang.

”Mudahan-mudahan untuk pada kerja beberapa kementerian ini kita akan beri pengumuman yang yang penting untuk Pahang.

”Saya belum beritahu Wan Rosdy tapi surprise. Syarat dia menang Pelangai dan kita umum berita yang yang sangat baik untuk Pahang dari United Arab Emirates,” katanya.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata demikian ketika berucap semasa Ceramah Mega Perpaduan Madani PRK DUN Pelangai di Dataran Pelangai malam tadi.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), dan Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Pengerusi BN Pahang.

Sementara itu, Anwar optimis kemenangan PRK Pelangai akan berpihak kepada calon BN, Datuk Amizar Abu Adam melihat kepada gaya dan sambutan yang diberikan sepanjang tempoh berkempen.

Beliau berharap undi yang akan diberikan oleh pengundi DUN Pelangai merupakan undi kepercayaan di bawah kepimpinan yang baik Menteri Besar Pahang.

”Nampak sambutan malam ini, nampak laluan mudah untuk di Pelangai. Insya-Allah. Tapi orang menganggap  kehadiran kita itu untuk melawan menyerang pembangkang.

”Kita ini hamba Tuhan, kita tidak boleh main politik seperti adegan mereka. Kalau Pelangai saya betul harapkan pengundi di sini beri peluang kerajaan negeri dan kepada Wan Rosdy.

”Calon Datuk Amizar kita percaya boleh memikul amanah dengan baik, saya harap kita bagi sokongan yang kuat kerana saya tengok perkembangan yang baik, saya tengok tidak ada alasan di sebaliknya,” katanya.

PRK Pelangai akan diadakan pada 7 Oktober ini membabitkan pertembungan tiga penjuru antara BN dengan Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast