Yazan Al-arab. Foto Facebook Selangor FC.

KUALA LUMPUR – Selangor FC mengumumkan penamatan kontrak pemain petahanan import dari Jordan, Yazan Al-arab berkuat kuasa serta-merta semalam gara-gara nsiden sepak pengadil ketika aksi suku akhir Piała Malaysia, minggu lalu.

Perkara tersebut diumumkan dalam kenyataan rasmi kelab berkenaan yang dikongsikan menerusi akaun Facebook Selangor FC.

Tonggak kelahiran Jordan itu dilihat dengan sengaja menendang pengadil perlawanan, Mohd Hasrol Mohd Amir, yang mana sebelum itu Yazan turut dilayangkan kad merah sebaik wisel penamat dibunyikan.

“Merujuk kepada insiden yang berlaku selepas perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia 2023 antara Selangor FC dan Terengganu FC pada 24.09.2023 yang melibatkan pengadil perlawanan dan Yazan Al-Arab (“Pemain”), Kelab Bola Sepak Selangor (“Kelab”) telah menjalankan satu Prosiding Tatatertib berkaitan dengan insiden tersebut.

“Kami di Selangor FC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yazan Al-Arab di atas khidmat dan bakti beliau buat Red Giants sepanjang dua musim bersama dengan kelab.

Foto Facebook Selangor FC.

“Kelab ingin mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk masa depan Yazan. Terima kasih, Yazan,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, pemain berusia 27 itu menerusi Instagram, dia telah memohon maaf kepada Selangor FC serta rakan sepasukan di atas kelakuannya itu.

Menurutnya, disebabkan tekanan psikologi yang dihadapi dalam perlawanan berkenaan selain dia turut mendapat perkhabaran yang sepupunya meninggal beberapa minggu lalu.  – MalaysiaGazette