KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjelaskan tiada sebarang caj atau bayaran dikenakan untuk penurapan jalan di laluan keluar masuk kediaman penduduk.

Ini kerana, kerja-kerja itu dilaksanakan oleh pihak kontraktor yang dilantik oleh MPPJ.

“Sebelum kerja-kerja penurapan jalan dilaksanakan, satu notis pemakluman akan dikeluarkan oleh pihak majlis dan diedarkan kepada semua penduduk yang terlibat.

“Di dalam notis penurapan jalan yang dikeluarkan oleh majlis pada perkara 3 (3.1) yang menjelaskan “Dengan itu, tuan/puan adalah dinasihatkan supaya tidak memberi sebarang bayaran kepada sesiapapun yang mengambil kesempatan ini untuk menawarkan perkhidmatan mereka menurap jalan masuk ke rumah di hadapan rumah kediaman tuan/puan.

“Untuk makluman jalan masuk ke rumah akan diturap secara percuma oleh majlis,” katanya dalam satu kenyataan bagi menjawab aduan daripada penduduk yang mendakwa ada kontraktor yang mengenakan bayaran bagi tujuan itu.

MBPJ berkata, caj dikenakan kepada penduduk bagi kerja-kerja tersebut melibatkan kontraktor luar, bukan lantikan MBPJ.

Namun sekiranya ada pihak yang tidak bertanggung jawab menggunakan nama MBPJ untuk meminta sebarang bayaran terhadap kerja-kerja penurapan tersebut, penduduk atau pemilik rumah diminta membuat laporan polis serta memaklumkan perkara ini kepada unit aduan MBPJ di talian hotline MBPJ 03-7954 2020 atau emelkan kepada [email protected] untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast