Datuk Amizar Abu Adam dan Kasim Samat berjemaah Subuh di Masjid Felda Chemomoi hari ini

BENTONG – Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam dan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat yang bertanding pada Pilihan Raya kecil (PRK) menunaikan solat Subuh di Masjid Felda Chemomoi, di sini.

Selesai solat mereka berkedua bersalaman dengan kira-kira 100 jemaah sebelum kedua-dua calon itu berpelukan tanda silaturahim erat walaupun berbeza fahaman politik.

Kasim berkata, adalah menjadi perkara utama untuk memelihara perpaduan antara Islam yang mana ia melebihi dunia politik

”Alhamdulillah saya hadir sembahyang di Felda Chemomoi. Tiada masalah bila kami bertanding sekampung, tidak ada inisden berlaku anatara kami sepanjang dua minggu berkempen.

”Malah sesisapa pun yang menang atau kalah, perpaduan sebelum ini hendaklah dikekalkan. Tetapkan perpaduan Islam dan orang Melayu itu di atas.

PRK Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Kasim, Amir dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.

Sementara itu Amizar ketika ditemui mengharapkan silaturahim antara beliau dan calon PN itu terus terjalin bersama masyarakat di situ.

”Bersama kita berjemaah bersama Cikgu Kasim Kasim membuktikan silaturahim tetap terjalin, perpaduan tetap terjalin.

”Parti yang bertanding bukan kita mempelagakan agama segalanya namun agama itu sebagai paksi kita hidup panduan kita hidup bersama masyarakat

”Yang penting masyarakat terjaga dengan asas sudah dibentuk sekian lama melalui syiar masyarakat, yang penting apa yang kita laksanakan kerana Allah S.W.T” katanya.

Sejurus solat mereka Kasim dan Amizar menyantuni penduduk di gerai di Felda Chemomoi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast