Foto: JBPM Perak
IPOH – Dua warga emas maut apabila kereta pacuan empat roda yang mereka naiki melanggar sebuah treler di Kilometer 365 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Slim River, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, dalam kejadian pada 5.45 pagi itu, mangsa lelaki berusia 83 dan 76 tahun yang merupakan pemandu dan penumpang Mitsubishi Pajero itu tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kenderaan Pajero melanggar bahagian belakang lori treler menyebabkan dua mangsa di dalamnya tersepit dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pemandu treler, 31 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River telah mengeluarkan kedua-dua mangsa menggunakan peralatan ‘power unit’ serta ‘rescue tool’ dan mayat diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast