KUALA LUMPUR – Satu stesen udara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat petang ini.
Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat jam 2 petang tadu, Nilai di Negeri Sembilan merekodkan bacaan IPU tidak sihat tertinggi iaitu 141.
Manakala 57 stesen lain di seluruh negara merekodkan IPU tahap sederhana.
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Sebagai rekod, IPU tertinggi tidak sihat dicatat semalam adalah di Bukit Rambai, Melaka iaitu 154, Bandaraya Melaka (151), Port Dickson, Negeri Sembilan (134), Tangkak, Johor (113), Alor Gajah, Melaka dan Cheras masing-masing 105.
Manakala Batu Pahat, Johor (103).-MalaysiaGazette