Calon Barisan Nasional (BN) N36 Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam melakukan sepakan penalti semasa hadir ke Pertandingan Fulsal Padang ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 Pelangai di Kampung Bukit Gajah, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 05 OKTOBER 2023.

BENTONG – Calon Barisan Nasional (BN) mengingatkan Perikatan Nasional (PN) supaya jangan terlalu yakin yang pengundi luar akan memihak mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai .

Datuk Amizar Abu Adam berkata, BN juga mempunyai pendekatan tersendiri bagi  menangani pengundi luar DUN Pelangai yang pulang menunaikan tanggungjawab nanti.

Beliau turut menasihatkan pengundi luar supaya memikirkan nasib warga Pelangai sebelum membuat keputusan.

“Jangan terlalu yakin pengundi luar semua kepada mereka. Kita pun ada cara kita dan kita pun ada cara nak menyelesaikan pengundi luar ini.

“Namun yang penting pengundi luar kena faham, dia sudah lepas mengundi dia balik. Yang tinggal emak, ayah dan kawan-kawan dia.

“Yang duduk sini  kalau ada masalah siapa menanggung? Pengundi luar kena faham kalau dia undi BN lagi bagus,” katanya ketika ditemui semasa berkempen di Felda Kemahal di sini semalam.

Selain itu, anak Pelangai itu mengingatkan agar warga Felda agar tidak lupa asal usul mereka mengenang jasa tanah rancangan kepada negara.

Tiga Felda di Pelangai merupakan Felda Sungai Kemahal, Felda Chemomoi dan Felda Sungai Kemasul. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast