Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) — Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$110.1 bilion (US$1=RM4.72) pada 29 Sept, 2023 berbanding US$112.46 bilion pada akhir Ogos 2023.

Bank pusat berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa paras rizab adalah mencukupi untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$98.0 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$2.3 bilion) dan aset rizab lain (US$2.7 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM620.97 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM517.14 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.76 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.87 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM63.06 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM170.61 bilion), mata wang dalam edaran (RM158.20 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM184.83 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM9. 21 bilion), deposit lain (RM37.23 bilion), kertas Bank Negara (RM26.09 bilion), peruntukan SDR (RM29.85 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.85 bilion). – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast