KUALA LUMPUR – Tujuh kawasan di Johor dan masing-masing satu di Negeri Sembilan dan Melaka mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 5 petang ini.
Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU tertinggi dicatat di Larkin, Johor iaitu 161, diikuti Pasir Gudang (156), Batu Pahat (155), Kota Tinggi (125) dan Pengerang (102).
Manakala bacaan IPU di Nilai, Negeri Sembilan pula 119 dan Bukit Rambai, Melaka 107.
Bacaan IPU tidak sihat pada jam 5 petang ini bertambah berbanding tiga kawasan sahaja pada 9 pagi tadi.
IPU berskala 0-50 dikategorikan sebagai sihat; 51-100 (sederhana); 101-200 (tidak sihat); 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). – MalaysiaGazette