Fadzli Mohamad Kamal membawa Jamaludin Manaf ke pusat mengundi.

BENTONG – Tidak mahu membataskan khidmat kepada rakyat, hari ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Fadzli Mohamad Kamal bertindak menjadi pemandu untuk mengambil dan membawa pengundi di DUN Pelangai mengundi.

Walaupun pertama kali berbuat demikian, Fadzli seronok berkhidmat untuk rakyat dengan memudahkan pergerakan pengundi.

“Hari ini buat pertama kali sebagai wakil rakyat memandu sendiri bawa pengundi ke pusat mengundi.

“Saya seronok, pengundi pun rasa seronok saya datangĀ  dan hantar mereka. Dapat berbual, dengar luahan hati diorang dan pendapat tentang wakil rakyat,” katanya ketika ditemui Sekolah Rendah Pelangai Jawi-Jawi hari ini.

Exco Komunikasi & Multimedia, Belia, Sukan & Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) ini berkata, beliau akan meneruskan khidmat bakti ini apabila pulang ke kawasan kerana terinsipirasi dengan aktiviti bersama rakyat ini.

Tambahnya, aktiviti seumpama ini dapat menjalinkan ukhwah sesama penduduk kawasan dan hubungan dengan rakyat bertambah rapat di samping cakna isu setempat.

“Bukan lama sangat, memandu secara santai-santai sambil berbual. Satu pendekatan baru yang dilhamkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Saya sukalah buat kerja ini di samping fokus kerja-kerja media,” ujarnya.

Sementara itu, Jamaludin Manaf, 72, menyifatkan ini merupakan pengalaman istimewa sepanjang bergelar pengundi.

“Hari ini seronok ada orang ambil, terharu berjumpa YB dapat borak, dia ambil dan hantar.

“Dapatlah kenal dengan wakil rakyat muda,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast