BENTONG – Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amzar Abu Adam memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
Informasi di pusat gerakan BN di Simpang Pelangai mendapati Amizar mendapat majoriti 2,949 undi dengan 7,324 undi.
Calon Perikatan Nasional (PN), Kassim Samat hanya mendapat 4,375 undi.
Manakala calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli mendapat 43 undi.
Keputusan itu menyaksikan BN mengekalkan kemenangan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) lalu.
PRK kawasan itu perlu diadakan setelah kerusi itu diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Seri Johari Harun yang terlibat nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.
Pada PRU15, Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan calon PN Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi, Ahmed Wafiuddin Shamsuri (calon PH- 2,031 undi) dan Isa Ahmad (calon PEJUANG -65 undi). – MalaysiaGazette