Pemandangan ibu negara terjejas akibat sedikit berjerebu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Changkat Tunku, KL. Foto QURRATU AINI, 4 OKTOBER 2023.

KUALA LUMPUR – Tiga kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 9 pagi ini.

Berdasarkan data dalam laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU tertinggi dicatat di Larkin dan Pasir Gudang masing-masing 156 dan 152.

Manakala bacaan IPU di Batu Pahat 122.

IPU berskala antara 0-50 dikategorikan sebagai sihat, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast