GAZA – Seramai 232 rakyat Palestin terkorban dan lebih 1,697 orang cedera akibat pengemboman Israel ke atas jaluran Jaza, semalam.
Menurut Menteri Kesihatan, terdapat kes yang kritikal dan serius dalam kalangan mereka yang cedera.
Untuk beberapa jam, pesawat dan artileri Israel melakukan pengeboman secara berterusan di pelbagai kawasan di jaluran Gaza.
Kematian dalam kalangan rakyat Israel meningkat lebih 150 orang, manakala masih terdapat mereka yang terkorban yang masih belum diketahu pasukan perubatan Israel, lapor Channel 13. – MalaysiaGazette