nufam
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) lebih baik memberikan fokus untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi ramai pekerja daripada memberi tumpuan bagi mewujudkan Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Akta Kesatuan.

Sekretariat Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) menerusi kenyataan berkata, pindaan RUU itu telahpun mendapat tentangan daripada banyak pihak termasuk badan kesatuan kerja dan majikan.

Katanya, kesatuan kerja termasuk NUFAM juga telah membantah dan menghantar protes kepada kerajaan atas kecuaian untuk meluluskan RUU kepelbagian kesatuan di peringkat Dewan Rakyat tanpa memperhalusi impak negatif yang akan dihadapi oleh kaum pekerja dan juga kesatuan.

“Cadangan RUU baru ini adalah untuk melemahkan proses rundingan Perjanjian Kolektif dan akan mewujudkan lebih dari satu kesatuan skop pekerja yang sama.

“Ini akan merosakkan proses rundingan dan membawa ketidak harmonian serta mengugat kedudukan badan kesatuan kerja yang sudah wujud.

“Cadangan RUU ini pernah dibangkitkan di Parlimen tahun lepas dan telah mendapat sokongan dua pertiga ahli Parlimen, tetapi difahamkan ramai antara wakil Parlimen ketika itu tidak memahami kesan buruk yang akan dihadapi oleh kaum pekerja dan badan kesatuan.

“Malah, RUU ini akan memberi kuasa kepada pihak ketiga untuk campurtangan, merancang atau merosak proses rundingan kedaimaian Kesatuan kerja untuk pekerja yang diwakilinya,” katanya.

Menurut NUFAM, hari ini semua kes pembuangan pekerja telah dirujuk ke Mahkamah dan kesatuan terpaksa membantu ahli mereka untuk berdepan dengan kes yang dihadapi.

Katanya, proses keadilan juga akan mengambil masa yang amat panjang demi menuntut keadilan untuk kaum pekerja.

Tambah beliau, tidak semua pekerja mampu membawa kes mereka untuk dirujuk di mahkamah kerana ia melibatkan banyak isu tenaga dan bayaran untuk peguam.

Dalam pada itu katanya, dengan adanya pindaan RUU berkenaan, ahli kesatuan juga akan mudah “lompat parti” dan memberi sokongan kepada kesatuan lain seperti apa yang berlaku dalam politik untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan, ia juga boleh berlaku kepada kesatuan tersebut.

Sebaiknya beliau berkata, apa yang harus dibentangkan di Parlimen adalah isu untuk memperbaiki sistem hak pekerja untuk menyertai atau memberi hak mewakili pekerja kepada kesatuan tanpa persetujuan dari majikan.

Tegasnya, isu campurtangan atau menerima ugutan dari pihak ketiga demi melemahkan kuasa kesatuan yang kian bersuara juga harus diperkasakan, bukan untuk mewujudkan isu kepelbagaian kesatuan.

“Pihak agensi KSM juga harus meniliti dan memperbaiki sistem gaji dan kos sara hidup pekerja yang semakin tinggi.

“Lebih banyak isu dan masalah di luar sana yang perlu diselesaikan untuk pekerja oleh agensi KSM, bukan menambahkan masalah.

“Kami ingin bertanya, mengapa perlu mengeruhkan keadaan hari ini dengan menambahkan kesan buruk yang tidak membawa menafaat kepada kaum pekerja demi masa depan mereka?”

“Undang undang baru untuk menyelamatkan pekerja dari ditindas lagi seperti Covid19 seharusnya dibahaskan kerana ini menyebabkan impak lagi besar kepada pekerja.

Tambah beliau, Ini menunjukan betapa cepatnya agensi kerajaan lupa kepada krisis pada tahun 2020 di mana beribu pekerja hilang pekerjaan dan masih hidup susah sehingga hari ini.

“Bukankah satu undang undang atau pindaan baru harus diwujudkan hari ini demi memberi lebih perlindungan kepada kaum pekerja?” ujarnya.

Katanya lagi, baanyak isu pekerja yang harus diperhalusi dimana ramai pekerja masih hidup susah setelah mereka dihentikan pekerjaan atau dibuang kerja kerana hak kebebasan untuk bersuara menjadi punca utama mengapa ramai pekerja tidak boleh bersuara secara terbuka.

Jelas beliau, ramai antara pekerja terbabit telah dianiayai oleh majikan mereka dengan alasan hak bersuara.

Akan tetapi, tambah beliau, antara isu yang lain adalah hak untuk menyertai badan kesatuan, isu berat badan dan hak kebebasan mendapat anak lebih dan bekerja lebih dari had masa yang ditetapkan masih perlu dihujah dengan sepenuhnya di Parlimen.

Katanya, undang undang baru yang antaranya pernah dicadangkan oleh NUFAM iaitu hak perlindungan ahli kesatuan di mana-mana ahli tidak boleh diugut atau dihentikan pekerjaan mereka atas alasan menyertai kesatuan.

Inilah antara isu yang harus diutamakan di Parlimen tapi malangnya ada pula yang mencadang perkara yang tidak membawa menafaat kepada kaum pekerja.

Salah satu isu yang harus diutamakan adalah bagi pekerja menuntut keadilan melalui sistem keadilan yang lebih pantas dan telus.

Golongan pekerja baru juga harus diberikan panduan atas hak kebebasan menyertai badan kesatuan tanpa rasa takut kerana ini hak muthlak mereka melalui perlembagaan.

Jadi ada lagi banyak isu isu yang lebih berkesan dan penting harus dibentangkan di Parlimen daripada isu kepelbagaian kesatuan.

Pihak NUFAM telah pun berjumpa dan membentang beberapa masalah pekerja ini dengan Menteri Sumber Manusia, Sivakumar pada bulan September.

Beliau telah berjanji akan meneliti semula masalah yang dihadapi oleh kaum pekerja dan Kesatuan, katanya.

Pihak NUFAM juga sama sekali telah membawa dan membantah pindaan dan cadangan kepelbagian ini dengan menteri berkenaan.

Pihak agensi KSM juga harus meniliti dan memperbaiki sistem gaji dan kos sara hidup pekerja yang semakin tinggi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast