Saifuddin Abdullah

BENTONG – Perikatan Nasional (PN) mendakwa pihaknya diterima baik di dua Felda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, situasi itu diterjemahkan dengan kemerosotan undi Barisan Nasional (BN).

“PN menang 2 daripada 3 PDM Felda, iaitu Sg Kemasul (majoriti 295) dan Sg Kemahal (majoriti 5).

“Berbanding PRU15, jumlah undi popular PN meningkat 11.8 peratus berbanding BN meningkat 3.5 peratus saja. Tetapi, kalau dicampur undi BN dengan PH pada PRU15, ia merosot 11.5 peratus.

“Anggaran sokongan Melayu kepada PN meningkat 14 peratus manakala BN merosot 8 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

PN tewas di PRK DUN Pelangai dengan majoriti 2,949 undi setelah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam mendapat 7,324 undi mengatasi calon PN, Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi manakala calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli hilang wang deposit apabila menerima hanya 47 undi.

PN turut mendakwa gabungan itu turut mengekalkan sokongan anak muda di PRK DUN Pelangai.

“Walaupun kalah di Chemomoi (-182), tetapi, apabila dicampur undi ketiga-tiga PDM tersebut, PN mendapat 3,038 undi berbanding BN 2,920 (majoriti 118), maka, ini bermakna PN memenangi keseluruhan undi Felda, dan Felda bukan lagi kubu UMNO/BN.

“Kesimpulannya, PN telah sekali lagi membuktikan bahawa kami mampu menggantikan UMNO/BN, dan memenangi hati anak muda, manakala UMNO/BN bergantung kepada DAP/PH,” katanya lagi.

Dengan kemenangan BN di Pelangai, gabungan itu mengekalkan status qou di Pahang dengan 17 kerusi, PN 17 kerusi dan lapan kerusi milik Pakatan Harapan (PH). – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. dengan menggadai maruah pas dgn menarik tangan musuh tradisi Dr Mahathir ke pentas kempen/ceramah, ‘kemenangan’ PN adalah tidak berbaloi.

  2. Itu tanda tanda kebodohan orang Felda bagi mrreka yang mengundi PN. Mereka perlu mendapat layanan kelas ketiga.

  3. Din, kalu kau bertanding pru16 nanti tengok kau punya pencapaian pulak.. akn jd mp atau xmp..

Comments are closed.