Sadir Masnon tidak dapat menahan air mata mengenangkan kemenangan PRK dan bagga Pelangai masih milik Barisan Nasional (BN)

BENTONG – Rasa sebak diiringi tangisan kesyukuran mengenangkan kemenangan anak tempatan Felda Chemomoi apabila diberi mandat meneruskan kepimpinan di Pelangai.

Sadir Masnon, 72, bangga apabila Datuk Amizar Abu Adam diumumkan sebagai wakil rakyat baharu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai, semalam.

Beliau mengharapkan Amizar bersama rakyat dalam apa jua keadaan akan bersama rakyat di kawasan ini.

”Rasa syukur alahamdulillah saya nak cakap pun tahu macam mana, orang kampung masih suka apabila BN masih mempertahankan kubu Pelangai.

”Saya terlampau suka , sebak sangat melihat kemenangan dikecapi.

”Harap Amizar ambil tahu setempat sini apa masalah, sakit pening , diorang kena ambil tahu bukan masalah susah sahaja tapi  kena tanya khabar, itu pun sudah cukup,” katanya sambil berlinang air mata.

Sadir sebak mengenangkan Amizar berjaya pertahankan BN di Pelangai

Hasniza Ismail, 38, mengharapapkan Amizar dapat membuktikan dan mengotakan janji ketika berkempen bagi meraih kembali kepercayaan terhadap parti.

”Tahniah Datuk Amizar orang tempatan kan, harapan janganlah berubah nanti tapi sebaliknya nanti tunjukkanlah kepada orang untuk buktikan kata-kata orang luar.

”Buktikan apa yang orang kata tak boleh buat itu, mudah-mudahan apa orang cakap anggapan pada parti itu tak ada nanti.

Aziz Abdullah

Bagi Aziz Abdullah, 78, sentiasa menyokong dan akan menitipkan kata nasihat berdasarkan orang lama kepada anak peneroka itu.

“Saya memang cukup bangga, saya tak tidur mengenangkan dia, saya takut dia kalah tapi syukur dengan takdir Allah dia menang walaupun sikit jadikan dia menang.

“Saya memang harap dia menang, bagun solat hajat untuk dia, bangga terhadap kejayaan anak Chemomoi.

Masyitah Mohamad

Manakala Masyitah Mohamad, 43, yakin wakil rakyat baharu itu dapat meneruskan kesinambungan legasi Allahyarham Datuk Seri Johari Harun di Pelangai.

”Dari awal nampak sengit tapi akhirnya kita (BN) menang, jadi harapnya dengan kemenangan ini dia dapat meneruskan rancangan Datuk Seri Johari untuk membangunkan Pelangai untuk masa makan datang

”Sebak anak tempatan kita boleh jadi YB, memang seyakin-yakinnya,” katanya. – MalaysiaGazette