Abdul Razak (dua kiri) dan Shadan (tengah) berjalan di sekitar lokasi pelancongan Melaka pada program Melaka Heritage Fun Walk 1.0 di sini malam tadi.

MELAKA – Kira-kira 400 warga dan alumni Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) berpeluang mendalami ilmu keusahawanan di jalanan melalui Program Melaka Heritage Fun Walk 1.0 di sini malam tadi.

Pengarah Governance dan Kecemerlangan POLYCC, Abdul Razak Sabtu berkata, aktiviti dilakukan dengan berjalan kaki sambil bersantai di kawasan pelancongan sekitar Banda Hilir, sejauh 1.8 kilometer melihat produk keusahawanan sambil mempromosikan POLYCC.

Menurutnya, para pelajar keusahawanan daripada POLYCC Zon Melaka dan Negeri Sembilan juga yang diberikan peluang oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk berniaga semasa program ini berlangsung.

“Terima kasih kepada pengurusan MBMB atas peluang ini dan berharap pelajar-pelajar terlibat dapat menggunakan sebaiknya ruang ini untuk menimba pengalaman dalam menguruskan perniagaan masing-masing.

“Ini juga selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) bagi melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang,” katanya kepada pemberita di sini.

Program anjuran bersama Kelab Sukan Dan Kebajikan MBMB (KESUMA) itu dirasmikan Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman.

Hadir sama, Pengarah Kolej Komuniti Kota Melaka, Noorazizah Abu, Pengarah Kolej Komuniti Rembau, Merhayati Sipon dan Pengarah Program Suraya Hani Kamarolzaman.

Tambah Abdul Razak, usaha itu juga membuktikan pembangunan pelajar di POLYCC bukan hanya sekadar bersifat pembelajaran di dalam kuliah atau akademik sahaja.

“Sebaliknya ia disertai pelbagai aktiviti bagi membentuk sahsiah dan jati diri pelajar bagi menyediakan mereka untuk menjadi warganegara yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan negara setelah bergraduan daripada Politeknik dan Kolej Komuniti.

“Selain dapat menghayati sejarah, warisan dan budaya, program ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan Politeknik dan Kolej Komuniti khasnya kepada masyarakat dan komuniti di negeri Melaka,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast