Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya yang juga Timbalan Menteri Belia Dan Sukan , Adam Adli Abd Halim ketika hadir pada persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 09 OKTOBER 2023.

KUALA LUMPUR – Komuniti antarabangsa dan pertubuhan hak asasi manusia diminta untuk berlaku adil dalam menanganii konflik yang berlaku di Palestin.

Malah usaha bagi mencari punca sebenar konflik itu perlu dibuat bukan dengan hanya menuding jari kepada rakyat Palestin yang memperjuangkan hak asasi dan kemerdekaan tanah air mereka, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli.

“Anak muda Malaysia juga menggesa agar semua negara dan warga dunia yang bertamadun dan berperikemanusiaan agar menolak sebarang usaha menormalisasi hubungan diplomatik dengan Israel yang secara tidak langsung menidakkan keabsahan Palestin sebagai negara yang merdeka dan dizalimi,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen hari ini.

Adam yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya turut dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan menggesa semua negara dan warga dunia yang bertamadun menolak sebarang usaha menormalisasi hubungan diplomatik dengan Israel yang secara tidak langsung menidakkan keabsahan Palestin sebagai negara yang merdeka dan dizalimi.

Kerajaan Malaysia, katanya, turut diseru seru supaya segera menghulurkan segala bentuk bantuan termasuklah bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada rakyat Palestin.

“Kami menggesa agar Majlis Keselamatan PBB bertindak dengan segera bagi menghentikan penjajahan rejim zionis ke atas wilayah Palestin yang bergolak,” tegasnya.

Dalam pada itu, Adam memberitahu, sebagai menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin, satu himpunan solidariti untuk Palestin akan dianjurkan Jumaat ini selepas Solat Jumaat di Surau Tabung Haji.

“Kami menjemput seluruh anak muda dan rakyat Malaysia serta pimpinan negara dan masyarakat untuk bersama-sama pada hari tersebut bagi menyatakan sokongan kita terhadap rakyat Palestin yang dizalimi,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast