KUALA LUMPUR – Lima kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 12 tengah malam ini.
Di Selangor, dua kawasan iaitu Alam (111) dan Klang (154) mencatatkan IPU tidak sihat.Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU tertinggi dicatat di Cheras, dekat sini iaitu 167.
Begitu juga di Melaka dengan Bukit Rambai merekodkan IPU 157 dan Batu Pahat, Johor (155).
IPU berskala 0-50 dikategorikan sebagai sihat; 51-100 (sederhana); 101-200 (tidak sihat); 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). – MalaysiaGazette