Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Punca kepada kemerosotan undi majoriti Barisan Nasinal (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai adalah disebabkan fitnah kepada calon, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi BN dan Presiden UMNO itu berkata, calon BN, Datuk Amizar Abu Adam dilempar dengan pelbagai fitnah dan dakwaan tidak berasas ketika kempen menyebabkan pengundi teragak-agak untuk memangkah beliau pada Sabtu lalu.

“Di dalam PRK di mana jika calon mereka diterjah dengan pelbagai fitnah dan isu pasti situasi itu akan menyebabkan majoriti itu terjejas namun yang penting kemenangan itu bukan satu kemenangan yang kecil,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri program Halal On Track di Universiti Malaya (UM) hari ini.

Beliau mengulas pertanyaan media mengenai kemerosotan undi majoriti BN pada PRK DUN Pelangai apabila Amizar memenangi kerusi tersebut dengan 2,949 undi.

Pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) lalu, Datuk Johari Harun mendapat majoriti 4,048 undi pada 2022.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kepimpinan BN Negeri Pahang dan rakan-rakan komponen Kerajaan Perpaduan yang turut berkempen pada PRK kali ini.

“Kita berterima kasih kepada kepimpinan BN Pahang bahagian dan rakan-rakan daripada bahagian lain yang telah membantu, baiknya ialah rakan dalam parti komponen kerajaan perpaduan telah turut turun membantu.

“Terima kasih kepada pengundi di Pelangai yang telah memperlihatkan komitmen mereka dengan kejayaan oleh Datuk Amizar Abu Adam,” katanya lagi.

Semalam Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata kejayaan BN mengekalkan kerusi DUN Pelangai mencerminkan petanda tiada gelombang hijau di Pahang.

Amizar diumumkan sebagai pemenang PRK DUN Pelangai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Sabtu dengan mendapat majoriti 2,949 undi.

Beliau menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Cikgu Kasim Samat yang hanya menerima 4,375 undi dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli yang hilang deposit hanya mendapat 47 undi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Apa yang FITNAH?
    ZAHID HAMIDI tidak CERDIK ke atau memang bodoh-bodoh sebab tiada laporan polis dibuat atas tuduhan ZAHID ni…. atau pengundi disana bangang. Seharusnya ZAHID HAMIDI buat report bukan jadi anjing menyalak sanasini.

Comments are closed.