Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang pembantu am sekolah mengalami kerugian RM250,000 apabila diperdaya oleh seorang individu yang menyamar sebagai ‘Pegawai Perkeso’ dalam kejadian di Bera.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, manga berusia 55 tahun dikatakan menerima panggilan dari pihak Perkeso Kuantan berhubung kes membuat tuntutan insurans kerana terlibat kemalangan jalan raya.

“Setelah mangsa menafikan membuat tuntutan itu, suspek telah menyambungkan panggilan kepada individu yang menyamar sebagai pegawai polis dan dikatakan pula mangsa turut terlibat dalam penggubalan wang haram bermula pada awal Jun lalu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mangsa diminta memindahkan wang ke akaun bank milik Juruaudit Amla Bank Negara Malaysia dan dia telah melakukan 11 kali transaksi ke dalam lapan akaun bank yang berbeza berjumlah RM200,500

Tambah Yahaya, sumber kewangan lelaki berkenaan ialah daripada wang simpanan di akaun  bank milik mangsa sendiri.

Sementara itu dalam kejadian lain, pada 20 April lalu seorang warga emas berumur 68 tahun telah melihat iklan Pelaburan Saham atas nama Creative Academy di applikasi You Tube.

Kemudian mangsa telah berurusan dengan suspek melalui aplikasi Whatsapp dalam skim tersebut.

“Mangsa telah dimaklumkan bahawa melabur saham atau membeli USDT melalui Syarikat Yomaex, akan memperoleh pulangan yang lumayan.

“Mangsa dijanjikan skim pelaburan saham itu boleh dikeluarkan selepas tiga bulan atau enam bulan,” kata Yahaya.

Mangsa telah  membuat 28 kali pemindahan wang ke dalam 14 akaun yang berbeza dengan jumlah keseluruhan RM224,733.00 daripada wang simpanannya.

Pihak Polis Kontinjen Pahang menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan yang meragukan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.

Sekiranya diminta untuk memberikan maklumat perbankan, jangan mudah percaya dan mendedahkan apa-apa maklumat.

Masyarakat juga dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan pelaburan yang dijanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast