Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyokong atau memperakui mana-mana pihak untuk menubuhkan parti politik baharu.

Dalam kenyataan di sini, Pejabat Perdana Menteri berkata, pihaknya memandang serius tindakan mana-mana pihak yang secara sengaja menyalahgunakan nama Perdana Menteri bagi tujuan tertentu tanpa kebenaran daripadanya.

“Tindakan sedemikian adalah amat tidak bertanggungjawab sekali gus memberi dampak negatif kepada kredibiliti Perdana Menteri dan pentadbiran kerajaan.

“Sehubungan itu, pihak Pejabat Perdana Menteri menasihatkan agar rakyat tidak keliru dengan kenyataan tidak rasmi yang dikeluarakan oleh mana-mana pihak,” katanya. – MalaysiaGazette